Search This Blog



Wednesday, May 19, 2010

.. innalillahirajiun...

...kenapa kau pergi begitu cepat....

maaf kerana agak lama merpati diam diri kali ini.. bukan apa... sesuatu yang diluar dugaan telah pun berlaku dalam hidupku...

     " kullu nafsin za iqatul maut..."...
                     ....setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati....

rasanya bagai semalam kita bergurau dan bermain boling dengan kawan2 yang lain.. tapi kini kau pergi terlebih dahulu dari kami semua wahai MUHAMMAD ANAS KAMIL B. AHMAD..

tiada siapa pun menduga begini cepat panggilan Yang Maha Esa buat dirimu... seawal 18 tahun.. namun itulah percaturan dan garis hidup yang telah ditetapkan oleh-Nya sejak azali lagi....

aku rasa sedih sebab kita memang rapat waktu sekolah rendah dahulu.... hmm duduk depan aku.. asyik toleh ke belakang je.. nak sakat aku.. manis betul waktu itu.. sama juga waktu tuisyen.. kau akan jaga tempat duduk untuk aku dan kita akan sama2 belajar dengan fitri.. dan waktu zapin... hmm memang seronok...

kini tinggal aku dan fitri je... 'group jalan' kita empat orang dah x lengkap lagi.. tentunya fitri segan nak keluar dengan aku dan yana sahaja.... pemergianmu.... arghh... susah untuk digambarkan dengan kata2...

 ( saat terakhir keluar dengan kawan2 yang 
   lain bersama arwah.... anas.....)

kini aku sedar hati kau memang mulia... ingat lagi setelah lama x jumpa... (after that bad things happened between two of us...).. kau memang ikhlas nak kawan dengan aku... namun aku je yang x yakin... asyik fikir negetif je..... ish.. kenapa la aku begitu jahat...!!!

tapi aku mujur.. aku sedar dah semua itu... tapi mungkin agak terlambat... kita rapat balik saat kau dah menderita... kenapa kau x pernah cerita kau menderita sakit... ( akhir tahun 2009 kau memang pandai kau simpan)..... tapi rupanya kau dah x lama lagi kat dunia ini.... atau mungkin ke kau pun baru mengetahui bahawa kau ada ketumbuhan di paru2...???

mungkin kerana itu aku buat satu video specially for you... for your kindness, because you are such a very good friend to me... kau buat kami ketawa dengan gurauan kau dan kau ingatkan tanggungjawab wajib kami sebagai muslimin saat kami semua terleka... kaulah insan yang terbaik.... mungkin Allah sedar hakikat kasih sayang kami x cukup buat dirimu.. maka dipanggilnya kau kembali di sisi kasih sayang-Nya yang agung... sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui tiap sesuatu.....








buat rakan2 yang ingin melihat videonya... please view my facebook profile.....

semoga aku tabah dan aku reda dengan pemergianmu kali ini..... semoga rohmu tenang disisi-Nya...

... ^_^.....

No comments:

Post a Comment