Search This Blog



Saturday, December 3, 2011

sAlAm MaalHijrah...

since the title of this entry is already in malay, then i think i should just go with malay..

^^v assalammualaikum buat sahabat serta sahabiah sekalian... apa khabar iman?

ok, entry kali ini simple je.. (insyaAllah).. hahah tapi yelah, merpati terpaksa akui yang entry ini agak lambat la. Macam biasa lah, merpati bukan ada masa yang panjang nak meluahkan sepenuh perasaan pada blog ini (cewah!!)... paling2, sahabat baik merpati juga yang menjadi tempat mengadu. Semoga persahabatan kami akan bertambah erat hingga ke akhirat (wahh, pantun sudah!!)

hmm 2 perkara:

1) memandangkan dah ada perkataan sahabat baik di situ, jadi ada kejadian yang sangat istimewa... eh, silap... kejadian yang sangat....sangat...sangat....sangat istimewa telah berlaku pada merpati 29 nov lepas. Apa peristiwa tuh?? HAA tu akan merpati cerita next entry... (takut kalau cerita pasal benda tu, entry ini terus jadi satu koleksi cerpen yang boleh jadi jualan hangat di pasaran hahahah)

2) azam baru?

jadi, memandangkan perkara yang pertama akan diceritakan pada entry yang seterusnya, jadi entry ini khas untuk perkara yang ke dua.. berkaitan dengan AZAM...

Merpati terpanggil untuk buat entry khas untuk azam maal hijrah pada tahun ini selepas akk naqibah tanya soalan tu pada diri merpati yang masih lagi bertatih untuk mencari redha ilahi. Ditambah pula, ada satu kali itu baca satu blog yang menceritakan tentang azam maal hijrah nya. Pelik juga, ramai insan ( umat Islam terutamanya) pada masa kini sibuk fikir azam baru bila menjelang detik 1 januari tiap tahun, bila 1 Muharram, semua buat endah tak endah je. Agak2 di mana letaknya diri kita ye? hmm ini pun ibarat menegur diri sendiri. Merpati dulu pun sampai x sedar, tup tup dah 1 Muharram. Alpa sungguh diri ini.

Alhamdulillah, HIDAYAH itu MILIK ALLAH, jadi sekarang merpati dah pasang azam siap2 untuk penghijrahanku kali ini... nak tau??

---->> Dah ada kekuatan untuk mengenakan hijab yang sewaktu
            sekolah dahulu memang selesa dengannya..
---->> Cuba sedaya upaya nak kawal lagi hati ini dengan sifat
           sabar dan berlapang dada yang lebih menebal untuk
           jalinan ukhwah yang lebih mantap
---->> Nak jaga perlakuan lebih baik lagi agar menjadi contoh
            terbaik untuk adeq2 usrah dan CSG yang tersayang... :')
---->> Suatu minat yang dahulu menjadi kelebihan yang dicintai
           oleh diri ini akhirnya dapat juga berakhir...
           mungkin inilah jalan yang Allah permudahkan untukku..
           meskipun kadang2 hati merintih kerana keinginan itu harus
           dicampak ke tepi. aku yakin, inilah hikmah terbaik untuk diriku.. T_T




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, moga hijrah ku ini berkekalan malah bertambah baik lagi sebelum aku ditakdirkan kembali menghadapmu. Aku mahu kembali ke pangkuan-Mu dalam kedaan diriku yang terbaik sebagai hamba-Mu yang hina. :'))