Search This Blog



Wednesday, July 13, 2011

no words can describe my feelings...

Kenangan indah bersama kamu semua...
Suatu nikmat Tuhan yang tidak ternilai,
Biarpun kita dipertemukan di waktu yang singkat ini,
Dirimu dan diriku...
Masing-masing punya cita dan cinta yang berbeda,
Daku minat irama riang yang berlegar,
Memenuhi ruang antara kita,
Kerna itu, perbedaan ini langsung tidak kurasakan..


Saat manis dan bermakna terpatri di sini,
Di UNITEN,
Ia bakal menjadi saksi utama,
Segala yang indah merangkai hubungan kita semua,
Belajar, bergurau, bertelagah,
Semua ku rasai,
Keseronokkan yang melatari tabir cerita kita,
Cerita apa..??
Cerita kita.... Section 4 El Loco Geng...




For a moment, i think this post is better if i write it in Malay...

Hye Merpati,
Sungguh dirimu bertuah berada dalam kalangan mereka... Sememangnya jalan yang ditetapkan oleh Allah itu begitu cantik dan indah. Tiada siapa yang menyangka bahawa aku akhirnya di takdirkan untuk menikmati rasa kasih dan sayang yang melimpah ruah dari syurga dunia yang bertapak seketika di Uniten, yang ternyata hanya sekelumit dari kasih sayang kepunyaan-Mu yang dikurniakan pada makhluk di bumi.


Nikmat yang sangat disyukuri apatah lagi bila ditempatkan bersama rakan baru di kelas "Section 4".. bukan lah kelas mana yang menjadi ukuran tetapi warga yang berada di dalamnya yang membuatkan aku x pernah berasa bosan atau menyesal mengenali tiap insan yang berada di dalam kelas itu.

Ya, pelbagai kasih sayang yang tulus dan murni aku perolehi dari keluarga kedua ku iaitu dari abang2 dan kakak2 PPI terutamanya senhinggakan aku merasakan bahawa CSG merupakan sebahagian dari hidup aku.

Namun, itu semua tidak sama rasanya dengan keluarga kecilku di Section 4... aku rasa mereka semua begitu prihatin dengan aku. Terpulanglah sama ada mereka sememangnya kisah atau tidak, tapi aku dapat rasakan kehadiran aku di situ amat dihargai oleh mereka.

Mana mungkin aku lupa apa yang berlaku pada diriku waktu di semester 1. Mereka begitu mengambil berat terhadap diri ini terutamanya insan2 terdekat seperti rangers dan mentor2 ku. Tiada ucapan mahupun hadiah yang mampu membalas segala jasa mereka, yang paling bernilai mampu aku berikan untuk mereka ialah doa semoga mereka dipanjangkan umur dalam kebahagiaan dunia dan akhirat serta tercapailah segala impian mereka.

Mengapa tiba2?

Pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku di UNITEN, selalunya aku akan update blog berkaitan dengan apa yang paling menarik bagi tahun lepas (untuk tiap2 tahun baru).. tapi tahun 2010, aku masih lagi x tulis apa2. Kerana jujur aku katakan, yang paling manis pada 2010 ialah saat aku berkenalan dengan ahli2 Section 4.. Macam2 yang aku belajar bukan sahaja berkaitan subjek malah berkaitan hidup juga. Pelbagai persepsi berubah. Antara yang paling ketara ialah... urm...urm... hehhehe maaf jika keterlaluan ayat ini. Merpati sedari dahulu tidak suka bergaul dengan orang2 yang berasal dari Kuala Lumpur dan sekitarnya. Bagi aku mereka... terlalu.... hmm... tp itu semua dahulu. Benarlah apa yang orang dahulu katakan, x kenal maka x cinta. Tempat bukanlah jaminan seseorang itu baik atau sebaliknya, sebaliknya, hati budi dan didikan sahsiah mereka yang membezakan segalanya.

Dan mungkin, alasan yang paling kuat mengapa tiba2 aku benar2 mendalami perasaan cinta persahabatan kami ialah, ada antara kami yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara terlebih awal seawal bulan 8 ini. Sedih namun itulah rezeki mereka yang patut kita banggakan kerana universiti yang menempatkan nama mereka bukanlah calang2 universiti. Mereka insan yang dipilih oleh Allah untuk menerima hadiah terbaik itu. Tahniah kawan!!

Dalam erti kata lain, tinggallah beberapa orang dari Section 4 yang bakal meneruskan Ijazah tahun pertama mereka di sini bersama-sama saya dan berkemungkinan juga dalam bidang2 yang berasingan. Ibarat walaupun dekat kami mungkin akan terpisah.

Bagi diri merpati, sedikit pun x akan melupakan mereka semua sehinggalah tiba suatu saat dimana kami akan disatukan kembali dengan izin Allah. Dan merpati yakin, saat itu, mereka semua telah menggengam kejayaan masing2 dan mungkin juga ada yang telah menempah tiket untuk memasuki bahtera cinta dengan orang yang tersayang ataupun mungkin ada yang sudah mengecap bahagia dengan telatah anak kecil di samping mereka... haaa alangkah seronok saat itu untuk kita berkongsi pelbagai jejak2 hidup ketika kita dipisahkan sementara oleh takdir Tuhan.

hmm... terlalu panjang untuk dihimpunkan segala memori indah dalam satu warkah yang todak seberapa ini. Yang hanya dapat aku katakan adalah once a section 4, always a section... go el loco!!!

Thanks Rangers, [ Didi, Mimi, Zizi ]
Thanks Melwyn, [ banyak belanja diri ini...  again and again.... ]
Thanks Azri, [ perhatian dan sokongan yang diberikan amat bernilai, hingga berkesan SAT ]
Thanks Al-Ameer, [ tutor yang memang terbaik la.. percayalah, kalau x fizik memang terjun bangunan jawabnya ]
Thanks Fitri and Azim, [ x nak la cakap banyak2 sebab korang masih ada lagi untuk gaduh dengan diri ini tahun hadapan ]
Thanks Mira, [ banyak betul persamaan yang dirasakan, cerita panjang2 tahun depan la ea ]
Thanks Alia, [ memang style la kawan dengan anda, macam2 cerita & lagu boleh jadi tempat rujuk ]
Thanks Nadia and Saniah, [ kawan yang memang sangat 'hapenning' dan 'helpfull' ]
Thanks Isaac and Ilyas, [ you guys are totally cool, isaac- love your mac and thanks for the ride ]
Thanks Kanmani and Ying2, [ comel la korang berdua, boleh gelak2 lagi untuk satu tahun lagi ]
Thanks Fyna, Lobna and Maggie, [ cute, cool and sweet ]
Thanks LCD, [ memang sunyi la nak dengar, 'teacher, don't rub', the present is nice also ]
Thanks Albert, Chow and Kim Yu, [ you guys are superb cool hyper geek ever ]
Thanks Ana, [ sempoi la ana, nanti kita gosip2 lagi ye ]
Thanks Abbas and Amir Basiran, [ cool la korg, style2, amir, nanti ajar juggle lagi ]
Thanks Shiva, [ respect you la sir.... ''v'' ]
Thanks Azra and Jagatheesan, [ walaupun join section 4 a bit late, still the craziest mind and soul just clicked ]
definitely.....
Thanks Kaness, [ for everything la, i tell you next year k... :D ]




suatu kenangan kini terpahat jitu dihatiku...
x mungkin kulupa tiap saat bersama dirimu..
hati kecil ini berbisik...
lagi 10 tahun dari sekarang, dimanakah kita semua....??
n_n....
di sini segalanya yang terindah itu kurasakan bukan di bibir sahaja,
tetapi hati naluriku berkata bergitu, dan Ya Tuhan aku yakin itu semua suratan indah atas ihsan dan rahmatmu untuk diriku sementara degup jantung masih belum terhenti.
Terima Kasih Ya Rabb, moga Kau lindungi mereka semua dan permudahkan jalan menuju kejayaan tiap mereka... ^^v

from the bottom of Merpati's heart.... ^_^