Search This Blog



Tuesday, September 18, 2012

.... Kekasih Allah dihina ....?

Ya, Allah... dunia sememangya sudah akhir zaman. Fitnah berleluasa dan musuh Islam semakin bermaharajalela...

Baru-baru ini kita digemparkan dengan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Ya Allah... sudah hampir seminggu merpati tahu soal ini, tapi entah mengepa masih tiada keberanian untuk melihat filem itu walaupun hanya thiller sahaja. Tetapi, entah kenapa hari ini merpati ingin melihat apa sebenarnya yang terkandung dalam filem itu.

Subhanallah...rasa sangat sedih sekali bila melihat video itu. Walaupun bukan lah kepada filem itu yang sebenar filem itu tapi yang telah diambil sebahagian partnya, tetap juga, tidak sampai separuh, merpati tidak sanggup untuk melihatnya hingga ke akhir.. Sanggup mereka memperlakukan sebegitu kepada Rasullullah. Apa lah salah Rasulullah kepada mereka.

Geram, marah dan sedih bercampur baur kepada pelakon-pelakon itu. Semua yang berkaitan Islam, diputar belit kan.. Ya Allah.. Hati memang tak boleh menerina. Aku hanya mampu berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada mereka suatu saat nanti. Tunjukkanlah kepada manusia sekaliannya, apa kebenaran yang sebenar. Allahuakbar....


Aku mungkin tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, namun, aku tak sanggup melihat baginda diperlakukan begini.. Kalaulah Rasulullah berada di depan mataku kini, apakah jawapanku kepada baginda?? Umat apakah aku? Baginda amat mengingatiku hingga ke akhir hayatnya, namun aku...? Astagfirullah hal azim.... T.T


No comments:

Post a Comment