Search This Blog



Thursday, December 20, 2012

20.12.2012

Assalammualaikum..

menarikkan tarikh ini? hmm... apa yang mampu merpati kata, hari ini cuma berseronok je dengan rakan serumah. Pagi2 tengah angin kuat, kami semua pergi keluar main salji. Kemudian, tengok cerita drama sampai ke malam... *p/s to adik2 semua : not really encourage okay? hehehe

Dalam cerita tu, nama pelakon utama dia ain.. hmm rasa macam dia pula yang berkata-kata pada ain. *apekaa ain ini kan.. sudah2!!

okay, rasa macam banyak benda yang nak tulis sejak hari final exam sampai sekarang. Tapi tak tahu mana nak mula. keputusan dah keluar sejak dari semalam lagi, tapi....i don't really have the guts to look at it. Ya Allah, rasa sangat takut. Antah apa la keputusannya. Hanya tunggu bila merpati betul2 ada keyakinan. Bila? Wallahualam....

Sekarang tengah cuti musim sejuk. Plan insyaallah akan ke New York, moga ilmu bertambah, pengalaman juga bertambah. Semoga selamat pergi dan balik. Takut juga sebenarnya nak menjejakkan kaki di kota yang besar tu. Tambahan lagi, merpati hanya dengan 2 orang kawan perempuan je. Kalau ada rezeki, boleh la jumpa kawan merpati merangkap tutor merpati masa kat uniten dulu.

And one last thing, hmm....hmmm... should i, or shouldn't i? Mak ajak balik Malaysia tahun depan, and setelah kira2, insyaAllah, duit simpanan cukup.. Ya Allah, berilah petunjuk. tak nak bebankan mak dan ayah.  Harganya bukan la murah nak balik macam itu je. Tapi, jujur, memang lah sangat rindu dengan Malaysia.

What's going to happen next? We'll see...

^^v fly merpati to bed because it is bed time.. heheh

Thursday, December 13, 2012

inikah penentu?

ya Allah... sangatlah tak senang duduk sekarang.

Nak makan, rasa nak terkeluar balik, nak minum, rasa macam dah terlebih kembung dah, haishh ya Allah, tenangkan hati ini Ya Allah.

Sekarang di Gerdin Building, bangunan untuk pelajar jurusan business. Dalam masa kurang dari 3 jam lagi, aku akan menghadapi final paper for the final day of my first final exams in Iowa State Univeristy, USA. Tahniah pada aku sebab final paper hari ini ialah Com S 227, subjek yang paling mengerikan pada aku. Jujur, subjek ini memang amat pudar harapan untuk dapat A. aku hanya boleh mengharap B atau B+. Benar, kun fayakunn.. jika Allah berkehendak, maka jadilah ia. Namun, realitinya, setelah kira2 aku hanya akan dapat A kalau aku dapat 199/200, kalau tidak silap la. Lebih kurang macam itu. Mengharap graf ada penurunan adalah harapan terakhir aku. Yang itu, aku yakin dan berserah pada Allah semoga Dia melembutkan hati instruktur ku.

Hakikatnya, banyak yang terlalu mengejar grade sehingga lupa pada niat sebenar kenapa kita belajar. Ingatlah bahawa.. :

        Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka 
        mengabdikan diri kepadaKu 
                                                            ( Ad- Dzariat 51 :56)

maka dengan itu, aku selalu berdoa agar aku sentiasa berpijak di bumi yang nyata, tariklah aku kembali padaMu ya Rabb jika aku leka dan alpa.

Akhirnya, aku yakin, tiap usaha tiada yang sia2. Oleh itu, Ya Allah, Kau kurniakanlah yang terbaik untuk hambaMu ini. Jika kau menginginkan aku A, aku terima dan bersyukur dengan nikmat ini, jika tidak, ku yakin bahawa ada peluang lain dan nikmat lain yang lebih baik untukku dariMu.

-----> satu kupinta dariMu, berilahku kekuatan mengharungi ujian ini.Tiap air mata ini hanya mampu kuadukan kepadaMu kerana Engkau sentiasa ada dan dekat dengan tiap hambaKu yang bersabar dan berdoa.

amin... doakan merpati ye..

Saturday, December 1, 2012

... i wonder if ...

My reflection was in the window of the train I boarded in the new town.
My eyes are uneasy.
Don’t forget the lesson you taught me

The flowing scenery makes me suddenly take a deep breath.
Looking up at the sky’s horizon


i wonder if.........





source : http://infotaip.blogspot.com/2012/09/snsd-all-my-love-is-for-you-english.html