Search This Blog



Saturday, August 18, 2012

... Aidilfitri seorang perantau ....

Rasa seperti semua yang dilakukan hari ini bagai x menjadi... Sememangnya xdapat nak dibandingkan kemerihan dan keseronokkan berhari raya di Malaysia... Aku ada bersama kawan2 dan senior2 aku kan bergotong-royong tuk juadah sambutan aldilfitri untuk semua pelajar Malaysia yang ada di bandar Ames yang hening ini. Namun dalam kemeriahan dan kekecohan yang mungkin aku rasa malam ini, aku tetap merasa kosong... Ya Allah hanya diriMu sahaja mengetahui resah hati ini. Internet rumah tiba2 bermasalah disaat hati ini ingin mendengar suara bonda dan ayahanda serta saudaraku yang lain. Mungkin Allah merasakan aku x cukup kuat untuk mendengar suara mereka dikala takbir sedang asyik berkumandang. Hati yang gelisah ini telah ditambah keperitannya dengan ayat2 pedih semalam...

Maka biarlah pada diriNya kuserahkan segalanya...
Salam Lebaran untuk semua yang mengenali diri merpati selama ini. Maafkan diri merpati yang sememangnya tiada niat menyakiti mana insan di muka bumi ini...