Search This Blog



Tuesday, September 25, 2012

.... hari-hari itu sudah tiba ....

Ya Allah.. kali ini memang sangat menguji.. bukan aku x cuba, tapi akhirnya tewas juga. Air mata kali ini seakan-akan menjerit keluar. Hari-hari yang berat bagiku sudah tiba juga akhirnya...

Hati yang tengah sakit dicurah dengan asid markah statistic yang tidak seperti yang dijangkakan, ditambah dengan markah assignment english yang hampir2 ditolak dan akhirnya, pada saat terakhir untuk menghantar assignment programming, baru sedar ada kesilapan yang malangnya hingga satu minit yang terakhir, tetap tak dapat aku rungkai... tahniah..!!

rasa sangat sepi bila cuba hubungi kawan untuk bertanyakan hal programming dan masing2 tidak dapat membantu atas keterbatasan waktu dan urusan, cuba mengadu pada sahabat baikku, meskipun mereka sedia mendengar, aku tahu mereka ada perkara yang harus diselesaikan waktu kuliah sebegini..pada siapa lagi..? Terima kasih kerana sekurang-kurangnya buat aku sedar, aku harus dan sememangnya perlu bangkit sendiri. Untuk kali pertama bercerita dengan kandaku, seolah-olah tahu keadaanku. Niat hati tidak mahu membimbangkan dia, apatah lagi bonda.

  Ya Allah, berilah aku kekuatan....  :'(