Search This Blog



Sunday, November 11, 2012

.... my heart ...


may us istiqamah in our journey to reach close to Him, ameennnn... 11/11/12

... hari ini ...

hmm... malam semalam merpati tak dapat betul-betul tidur nyenyak.. sejuk? mungkin.. hari ini dijangka salji (mengikut ramalan cuaca).. walaupunx salji tapi tetap juga sejuknya mencengkam sikit dari biasa.. dan sebab yang paling utama ialah.. MIMPI NGERI

ya allah, sangat ngeri.. hanya Allah je yang tahu bertapa takutnya merpati bila fikir balik mimpi itu. selalunya, kalau mimpi susah nak ingat apa mimpinya, tapi mimpi yang ini, sangat jelas..

tapi seperti biasa, mimpi bukanlah cerita lengkap, just pieces of it.. yang merpati ingat, dia bermula dengan suatu majlis, kat dewan.. ada budak kecil lari ke arah merpati dan pegang tangan merpati.. indah2.. rasa macam kenal rapat dengan budak kecil yang petah bercakap tu.. antara ayat yang merpati ingat, dia nak ikut merpati balik, tapi ayahnya tidak membenarkan.. ^^v

seterusnya, merpati dalam bas.. mungkin dalam perjalanan balik.. dan bas rosak di pertengahan jalan. anehnya, bas rosak betul2 berhadapan dengan sekolah rendah merpati di batu pahat.. walaupun tak jelas, namun yakin itu sekolah lama merpati..

tapi yang sedih dan menakutkan ialah berlaku rusuhan dalam kawasan sekolah.. merpati bukan berniat untuk bersifat perkauman, tapi dalam mimpi itu sendiri memang nampak pelajar india sedang mengamuk.. tiada siapa dibenarkan keluar dari kawasan itu.. mereka betul2 kelihatan seperti gangster2 walaupun masih kecil..

dan kami, hanya mampu memandang dari luar.. dan merpati sendiri, hanya mampu menjerit, seakan tak percaya mereka mencederakan guru dan rakan sekelas dengan dasyat.

ada yang dihumban dari tingkat atas, ada yang disiksa kerana cuba hubungi polis, kerusi dan meja dilempar ke cermin tingkap kelas hingga mencederakan pelajar dan guru..

Ya Allah...Ya Allah.. istighfar sungguh dalam hati..

seingat merpati, merpati dan beberapa rakan dari dalam bas mendekati intu pagar dan mendengar teriakan pelajar, gangster tersebut menyangkakan kami polis dan mereka menghumban pelajar yang dianggap menjadi tali barut polis ke bawah.. kami ramai2 dapat menyambutnya *ni epik sikit..

mereka jadi makin marah, dan tanpa sedar mereka menghumban sesuatu ke arah kami, dan ahhhhhhhhhh... huhuh merpati dah tersedar lak.. harap2 nya x la menjerit dalam tidur, kalau tak, semua housemate mesti pelik.

Astagfirullah... pengajaran dalam cerita ini :
--> mungkin ada benar, perkara seperti ini tak mustahil akan berlaku dalam generasi kita kerana, lihatlah sekeliling sekarang, akhlak manusia semakin runtuh.. ibu anak saling berbunuhan.. renungkan lah..

dan..

--> mungkin penangan kelas sociologi merpati yang sampai terbawak dalam mimpi.. kanak2 di US ni kadang2 mampu melakukan perkara yang di luar jangkaan hanya kerana tekanan dari rakan2 yang membuli mereka.. kelas socio hari itu membincangkan soal "masculility nowadays have changed teenage to violence" lebih kurang la. merpati asyik terfikir kalau benda itu berlaku di Malaysia, macam mana la agaknya..

begitu la.. hmm mungkin salah satu langkah yang patut kita lakukan sekarang ialah didik diri kita dengan ilmu dan akhlak.. ILMU ITU JAMBATAN KE SYURGA.. sebab dengan ilmu bukan sahaja dapat mendekatkan diri kita dengan Allah, tapi ilmu yang berguna dapat membimbing akhlak kita.

p/s : untuk sekarang, mari bersama-sama jaga diri, rakan2 dan kaum kerabat sekaliannya.. moga kita semua dan Malaysia sentiasa dilindungi Allah... ^^v peace!!