Search This Blog



Thursday, December 13, 2012

inikah penentu?

ya Allah... sangatlah tak senang duduk sekarang.

Nak makan, rasa nak terkeluar balik, nak minum, rasa macam dah terlebih kembung dah, haishh ya Allah, tenangkan hati ini Ya Allah.

Sekarang di Gerdin Building, bangunan untuk pelajar jurusan business. Dalam masa kurang dari 3 jam lagi, aku akan menghadapi final paper for the final day of my first final exams in Iowa State Univeristy, USA. Tahniah pada aku sebab final paper hari ini ialah Com S 227, subjek yang paling mengerikan pada aku. Jujur, subjek ini memang amat pudar harapan untuk dapat A. aku hanya boleh mengharap B atau B+. Benar, kun fayakunn.. jika Allah berkehendak, maka jadilah ia. Namun, realitinya, setelah kira2 aku hanya akan dapat A kalau aku dapat 199/200, kalau tidak silap la. Lebih kurang macam itu. Mengharap graf ada penurunan adalah harapan terakhir aku. Yang itu, aku yakin dan berserah pada Allah semoga Dia melembutkan hati instruktur ku.

Hakikatnya, banyak yang terlalu mengejar grade sehingga lupa pada niat sebenar kenapa kita belajar. Ingatlah bahawa.. :

        Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka 
        mengabdikan diri kepadaKu 
                                                            ( Ad- Dzariat 51 :56)

maka dengan itu, aku selalu berdoa agar aku sentiasa berpijak di bumi yang nyata, tariklah aku kembali padaMu ya Rabb jika aku leka dan alpa.

Akhirnya, aku yakin, tiap usaha tiada yang sia2. Oleh itu, Ya Allah, Kau kurniakanlah yang terbaik untuk hambaMu ini. Jika kau menginginkan aku A, aku terima dan bersyukur dengan nikmat ini, jika tidak, ku yakin bahawa ada peluang lain dan nikmat lain yang lebih baik untukku dariMu.

-----> satu kupinta dariMu, berilahku kekuatan mengharungi ujian ini.Tiap air mata ini hanya mampu kuadukan kepadaMu kerana Engkau sentiasa ada dan dekat dengan tiap hambaKu yang bersabar dan berdoa.

amin... doakan merpati ye..