Search This Blog



Tuesday, October 8, 2013

... Tarbiahku Diduga lagi ....

Assalammualaikum..

sangat menarik tajuk, sangat menarik juga ceritanya.

Merpati x sangka, tarbiah Allah datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah, sejak berlaku peralihan ke dalam dunia Information System instead of general Computer Science, perjalanan pendidikan di bumi Amerika ni berjalan lancar meskipun baru-baru ini berlaku juga pertumpahan air mata yang dasyat. Thanks to my "friendly internet wireless" yang tiba-tiba meragam saat aku buat online test dirumah. Saat tengok movie tak nak pulak buat hal. Alhamdulillah, tawakal pada Allah ku panjatkan sepenuhnya malam tu, jadi lecturer akhirnya mahu membantu walaupun aku tahu aku boleh score lebih baik dengan tambahan extra bonus question, tapi apa yang aku dah ada sekarang pun Alhamdulillah syukur nikmat. I just want to score well in this class, especially when this is sociology class n one of my favourite class this semester. *(alamak, ter"bi" lak. Plan nak buat full bm.. omgggg.. hahah)

Kembali kepada topik asal. Tarbiah, ye tarbiahku dan kesedihanku biarlah aku kembalikan pada Allah meskipun malam tu rasa menjerit juga. Tapi istighfar x lekang dari bibir, meyakinkan hati bahawa Allah lagi tahu.

*************************** ^^v

Tarbiah merpati sepanjang minggu lepas sangat luar dari yang diduga. Ceritanya bermula saat merpati mendengar cerita yang tidak enak dari seorang teman rapat dan perkara itu menular hingga merpati terpaksa menjadi JAIS sebentar. Satu-satunya perkara yang tidak pernah diduga bahawa merpati akan berada dalam situasi ini. Tapi, what can i say, this is America, things happened. Jadi, bila dalam operasi dalam jam 2 pagi itu, merpati cuba dapatkan informasi dari teman serumah kepada insan yang terlibat ini, dan dengan keyakinan dan tawakal kepada Allah, merpati telefon sahabat lelaki merpati yang dikenali sedari waktu di Uniten, untuk cuba memastikan kesahihan cerita ini. Dan, innalillahi wainnailaihi rajiun... perkara yang sangat2 diharapkan tidak berlaku sudah terang didepan mata. Kemudian, merpati dan teman merpati ini cuba berbincang dengan abg senior yang sudah berkeluarga di sini untuk membincang perihal ini dan akhirnya kami dapat berbincang dengan aman bersama insan yang terlibat ini. Pengajaran yang merpati sentiasa ingatkan kepada teman serumah insan ini adalah jangan sesekali tinggalkan dia, mungkin ini dugaan dia dan kita harus sentiasa bimbing dia. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat dia dan peringatan Allah buat kita. Moga kita dijauhkan. Sekarang kami dalam proses untuk membantu insan ini mencari solusi yang terbaik disisi Islam.

Anehnya, tarbiah merpati tidak berhenti di situ sahaja. My new sisters here, pada minggu lepas tampak hambar dengan tarbiah mereka bila mereka semua tidak dapat be punctual on our tadarus time. Sejujurnya, merpati kecil hati kerana ramai yang x on time, dan yang x dapat hadir tidak memberitahu apa2. Tapi, merpati buang rasa itu jauh2 dan husnuzhon terhadap mereka. Minggu yang sudah penuh dengan peperiksaan kan.. pastinya mereka juga tidak tentu arah. Namun, dari gaya mereka berusrah pada sabtu lepas mengubat semula hati merpati. So, merpati anggap apa yang berlaku itu hanyalah dugaan dari Allah, mungkin juga kerana merpati pernah lakukan perkara yang sama suatu ketika dahulu pada kak naqibah merpati. So, I'm fine with it and love them all.

Dalam kerancakkan mengurus hal dan permasalahan orang lain, even my new sisters, merpati alpa dengan masalah teman serumah merpati sendiri. Akhirnya malam tadi, baru merpati realize yang dia sudah seminggu lebih x pergi ke kelas krana masalah yang dihadapinya itu. Menitik air mata merpati bila sedar, merpati hanya sedar perkara itu selepas seminggu. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya semalam kami berbual dan merpati harap dengan mendengar masalahnya dan memberi sedikit nasihat yang tidak seberapa dapat meringankan beban yang ditanggungya. Hal berkaitan tunang, kawin dan sebagainya, apalah mampu merpati bantu melainkan bantuan dari sokongan moral. Ternyata, hubungan jarak jauh bukanlah semudah yang disangka. Merpati berdoa moga dia tetap tabah dan cuba sedaya upaya berusaha mempertahankan apa yang apa agar tidak menyesal di kemudian hari. Amin.. Apa pun keputusan dia, moga itu ketentuan Allah yang terbaik untuk dirinya. Amin sekali lagi.. :)

Namun, beberapa jam sebelum itu, merpati dapat tahu yang ada juga seorang junior merpati terlibat dengan hal yang sama seperti kes yang pertama tadi. Namun, kali ini dari cerita teman lain. jadi, merpati harap merpati dapat cari bukti yang menyangkal dakwaan itu. Merpati x mahu perkara ini terus menular dalam kalangan pelajar di Ames. Moga dijauhkan.. Amin..

Ok enough with all the case study. Merpati pun tak nak mengenang segala kebaikan merpati. Bak kata mereka, kebaikan yang dilakukan dilupa-lupakan, tapi kejahatan yang terlanjur itu dilupakan tidak untuk peringatan dan pengajaran.

ok.. see ya ^^.. *penat dah merpati heheh