Search This Blog



Friday, November 29, 2013

... Setahun sudah...

Alhamdulillah.. sedar x sedar, dah setahun merpati berada di bumi Ames yang tenang ini. Hmm... x lama lagi, kami semua akan berhadapan dengan final exam, dan wallah..dah habis fall semester.

1 2 minggu yang lepas ini, merpati akan keliru dengan perasaan merpati sendiri. Merpati sangat terkesan dengan rasa kehilangan, seolah-olah merpati kehilangan seorang yang sangat rapat dalam hidup merpati. haa mungkin juga bukan kehilangan seperti kehilangan selama-lamanya, tapi just kehilangan..

Sebelum ini merpati tengok cerita Proposal Daisakusen, dan tak semena-mena, entah macam mana merpati boleh teringat dengan cerita yang menjadi kegemaran merpati waktu sekolah rendah dahulu (dan sekolah menengah juga, form 1 waktu tu), Wai Rai High School.. haha nope, this is not a Japanese movie, this is a Thai drama series. Minatnya merpati sampai sanggup add semua pelakon dalam cerita tu sebagai kawan myspace (waktu tu facebook x ada lagi.. >.^) ada 2 series cerita ini.. yang pertama Wai Rai High School, kedua Wai Rai Freshy or Freshy High School.. x sure yang mana.

Google nyer google, ada pula semua series dengan english subtitle pulak. Ya Allah, contoh yang tak baik sebab waktu tu ada exam tapi nak juga habiskan sebab rasa x tenang pulak walaupun tahu penamat dia macam mana. Penamat yang sedih sebab hero pertama mati. Entah kenapa perkara tu sangat terkesan pada diri merpati, beberapa hari juga merpati ambil masa untuk recover jadi bersemangat semula. Hakikatnya, mungkin merpati tak sedia untuk berhadapan dengan situasi seperti itu. Ya Allah, jauhkanlah segala sesuatu yang tidak kuat ditanggung oleh hambaMu yang lemah ini dan panjangkanla usia kedua ibu bapaku, keluargaku dan sahabat handaiku.. Amin..

Ada satu lagi cerita.. (haha study ke tgk cerita kat sini pun den x tahu.. hahah).. Ghajini.. pun dah tengok tapi nak juga tengok sekali lagi sebab pertama kali tengok x berapa fokus. Tengok kat rumah waktu itu. Pun, berkaitan kehilangan juga..

Haish, merpati tak boleh lama2 macam ini, i need the spirit to be myself back again.. the happy-go-lucky crazy and amazing me.. hahah semoga merpati akan jumpa jawapan kepada soalan di hati kecil merpati ini.. Amin..

p/s : just want to share one of my favourite quote in Wai Rai Freshy, "why do i need to find another better man when i already have the best in fornt of me"..

night2.. ^^v

Sunday, November 10, 2013

... surprise, surprise ....

surprise... surprise...

merpati ini boleh la kata typical yang suka surprise2 kan orang lain. seronok kalau dapat buat orang menangis kegembiraan kalau dapat surprise kan diowang especially on their birthday.

mungkin bagi sesetengah orang, birthday hanyalah suatu hari seperti hari biasa, tapi merpati sangat hargai birthday seseorang terutamanya jika mereka salah seorang yang rapat dalam hidup merpati.

bercakap tentang sejarah men'surprise'kan orang, memang dah masuk tahap master dah sebab selalu buat macam ini sewaktu kecik lagi. pakat2 dnegan kawan siap belakon semua. kadang2 tu ajak cikgu join sekali. haha what a memory! ^^v

dan baru2 ni buat lagi surprise untuk adik junior yang baru datang fall ni. nampak dia macam rindu sangat dengan adik-beradik dia yang ada kat Malaysia. jadi bagi menghilangkan rasa keseorangan tu merpati organize la surprice party yang simple je buat dia. Alhamdulillah dia seronok itu yang penting. when she's happy, that's good enough for me.

>>> suka surprisekan orang waktu birthday diorang, tapi bila tiba birthday sendiri merpati lari jauh2 dari diowang. hahah hmm i guess up till now i never had a real surprise on my birthday.


p/s : sorry for the inconsistency in my writing. kejap bm kejap bi. aiyoooo merpati..merpati.....


fly..fly...tomorrow got an exam! ^^v  

Sunday, November 3, 2013

... Respect ...!

Assalammualaikum...

Hmm.. baru telan panadol sebijik. Terdetik gak nk telah sebijik lagi bila migrain makin teruk. X boleh nak buat apa.

Hilang semangat pula for a moment. Mungkin sebab berat beban kekecewaan, marah, terguris, sedih, semua bercampur baur.

Ye semua orang dalam duni ini ada masalah mereka tersendiri. Tetapi jika kita terikat dengan komitmen dalam sesebuah group, seberat mana pun masalah kita, itu bukan alasan untuk lari lari tanggungjawab. Hakikatnya, kehebatan sesebuah group dinilai jika group itu perform well as a group, not based on individual performance. When one people left behind or fail, it totally can be seen that group is also failing. So, even though you do not wan to respect your leaders here who was about your age, please respect other in the group. It is humiliating to see that everyone put lots of effort, yet are the one that also received lots of critic for the overall performance of the group that obviously was messed up by one person. Sorry, not trying to be so perfectionist, but there's a huge difference between really do it and just do it. So please please please have some respect to others... hmmm


Hati yang pilu bertambah kecewa bila melihat teman2 yang kelihatan ingin mendalami Islam tapi dalam keseronokan mengenali dan mengecapi pengalaman yang unik di US membuatkan mereka melakukan yang sesuatu yang mereka mugkin tidak sedar dalam keseronokkan itu. Hanya jika mereka mengetahui bahawa menyentuk besi yang panas mendidih itu lebih baik dari menyentuh kulit seseorang yang bukan mahram dengan kita...


Dalam kekecewaan itu juga lah, ayat cinta pertama yang terbaca dibibir ini,

boleh jadi engkau (Muhammad) akan membinasakan dirimu (dengan kesedihan), kerana mereka (penduduk Mekah) tidak beriman.

Ternyata.. ayat-ayat cinta itu indah dan sudah selamanya ada di situ. Alhamdulillah.. dugaan ini bukanlah suatu beban tetapi sesuatu nikmat dan kunci kekuatan jiwa dalam menghadapi dunia yang lebih mencabar. Segalanya haruslah dijalani dengan optimistik bukan emotional.. Okep got that point.. 

^^v fly high merpati.....!!