Search This Blog



Friday, November 29, 2013

... Setahun sudah...

Alhamdulillah.. sedar x sedar, dah setahun merpati berada di bumi Ames yang tenang ini. Hmm... x lama lagi, kami semua akan berhadapan dengan final exam, dan wallah..dah habis fall semester.

1 2 minggu yang lepas ini, merpati akan keliru dengan perasaan merpati sendiri. Merpati sangat terkesan dengan rasa kehilangan, seolah-olah merpati kehilangan seorang yang sangat rapat dalam hidup merpati. haa mungkin juga bukan kehilangan seperti kehilangan selama-lamanya, tapi just kehilangan..

Sebelum ini merpati tengok cerita Proposal Daisakusen, dan tak semena-mena, entah macam mana merpati boleh teringat dengan cerita yang menjadi kegemaran merpati waktu sekolah rendah dahulu (dan sekolah menengah juga, form 1 waktu tu), Wai Rai High School.. haha nope, this is not a Japanese movie, this is a Thai drama series. Minatnya merpati sampai sanggup add semua pelakon dalam cerita tu sebagai kawan myspace (waktu tu facebook x ada lagi.. >.^) ada 2 series cerita ini.. yang pertama Wai Rai High School, kedua Wai Rai Freshy or Freshy High School.. x sure yang mana.

Google nyer google, ada pula semua series dengan english subtitle pulak. Ya Allah, contoh yang tak baik sebab waktu tu ada exam tapi nak juga habiskan sebab rasa x tenang pulak walaupun tahu penamat dia macam mana. Penamat yang sedih sebab hero pertama mati. Entah kenapa perkara tu sangat terkesan pada diri merpati, beberapa hari juga merpati ambil masa untuk recover jadi bersemangat semula. Hakikatnya, mungkin merpati tak sedia untuk berhadapan dengan situasi seperti itu. Ya Allah, jauhkanlah segala sesuatu yang tidak kuat ditanggung oleh hambaMu yang lemah ini dan panjangkanla usia kedua ibu bapaku, keluargaku dan sahabat handaiku.. Amin..

Ada satu lagi cerita.. (haha study ke tgk cerita kat sini pun den x tahu.. hahah).. Ghajini.. pun dah tengok tapi nak juga tengok sekali lagi sebab pertama kali tengok x berapa fokus. Tengok kat rumah waktu itu. Pun, berkaitan kehilangan juga..

Haish, merpati tak boleh lama2 macam ini, i need the spirit to be myself back again.. the happy-go-lucky crazy and amazing me.. hahah semoga merpati akan jumpa jawapan kepada soalan di hati kecil merpati ini.. Amin..

p/s : just want to share one of my favourite quote in Wai Rai Freshy, "why do i need to find another better man when i already have the best in fornt of me"..

night2.. ^^v

No comments:

Post a Comment