Search This Blog



Monday, July 1, 2013

.... Malaysia, Uniten & Sireh Pulang ke Ganggang ....

Assalammualaikummmm..

Waa.. sangat kepenatan sejak dari hari pertama jejakkan kaki di Malaysia.. Alhamdulillah, dah selamat sampai di Batu Pahat yang terchenta.. heheh

Tapi balik-balik saja dah kena buka buku.. Ambil online exam macam inilah. Pada waktu merpati menulis entri ini pun depan dah pun terbuka buku. Nak habis baca bila pun merpati x tahu. T.T

Anyway, bukan nak cerita benda2 yang sedih sebab banyak gilaaaaaaa benda best yang nak share. Alhamdulillah atas limpah nikmatNya, merpati sangat gembira sekarang even though ada 3 more online exam papers to go. Oh ya, plus quizzes.. *dush2.. Ada 3 perkara yang paling best.. no no.. suuper best and awesome.

Pertama, sampai saja Malaysia, dah kena pergi Uniten Pusaka Terchenta *again.. ignore word chenta haha
Kebetulan dapat pergi program PPI berkaitan Seminar Paradigma Halal. Alhamdulillah.. lama sudah x pergi program face-to-face macam ini. Dapat juga ilmu bermanfaat dan dapat juga buat surprice untuk adinda sayang, Shafika Huda. haha Dating habis dengan dia dan kawan2 sampai ke uptown dan Shah Alam. Thanks girls ^^v. Menarik juga sebab dapat jumpa adik2 csg dan adik2 usrah. Nasib baik mereka ingat lagi akak mereka yang senget ini. Terharu sikit di situ. :'))

Kedua, Program Sireh Pulang Ke Ganggang yang akhirnya berubah menjadi Program Titian Kasih aka Sayang di Sayang Vol.3.0.. hahha 3.0 tau. Yang inilah sangat2 menguji ketahanan fizikal, mental dan rohani. Program yang pertama kali dianjurkan alumni batch merpati untuk pelaja2 tigs. Bak kata orang, kembali ke sekolah untuk curah bakti semula dan kongsi pengalaman. Macam itulah. Ingat dapat pelajar form 4 atau form 5, sekali cikgu bagi terus semua pelajar asrama dari form 1 sampai form 6 yang menjadikan jumlah keseluruhannya 220 orang. Menarik kan! Tapi alhamdulillah walaupun kami lasy2 minutes makin kekurangan fasi sebab ramai batch kami yang uitm sedang menjalani exam dan ada aktiviti family, i still consider the program went very well. Tapi..tapi... merpati rasa program tu macam program merpati je.. hahah Mana x nya, kalau lari masa sikit terus merpati ubah yang mana boleh ubah, swap aktiviti ini dengan aktiviti lain.. well, what to expect when merpati meet with microphone. hahah nasib baik smeua fasi pun jenis yang cool dan fleksible sebab mereka leh adapt dengan perubahan cepat betul. Sememangnya Allah itu Perancang yang Agung. Fasi2 terpilih nampak macam dah pro gila dengan program. Program yang hanya menggunakan satu Rule iaitu There is NO Rule tetap berjaya disiplinkan adik2. Padahal, ni merpati saja je buat experiment, nak lihat berjaya atau tidak own self-motivation in making people following the rules. Nampak adik2 betul2 bertanya, mintak pandangan, banyak la.. Dan, yang paling merpati tidak boleh lupa ialah waktu qiam. Saja je merpati buat suara serius sikit, provoke ada yang tak turun qiam sebab malam sebelum qiam saja merpati kata tidak wajib bagi mereka yang tidak boleh solat, tapi kalau ada fasi yang tidak boleh solat turun, so? Jadi, semua sepakat ramai2 turun. Jadi, lepas solat sunat dan sebagainya, sementara menunggu subuh, merpati bebel2 la.. bukan marah saja nak bagi mereka awake. Kalau sendiri datang awal tapi kawan2 sebilik kita x peduli, tetap kita sama macam mereka yang datang lewat. Bebel punya bebel, merpati tak tahu pun memang ada yang betul2 tak turun qiam hinggalah waktu selepas tutup program itu, bersalaman dengan adik2, ada yang menangis salam merpati, dia kata.. "Kak, maaf sangat2 saya yang tak turun pagi tadi.. kak maaf..". Ya Allah, terharu merpati. Nak nangis, control je. Dalam hati, dia berani mengakui kesilapan depan kawan yang lain. :') Alhamdulillah, moga Allah terus buka hati dia untuk mudah menerima ilmu.

Jadi, begitula. Almost 2 minggu lebih merpati di Malaysia macam2 juga dapat dipelajari. Sebenarnya banyak juga nak share untuk program itu. Tapi, for now, let it be just it. Ya Allah, permudahkanlah urusan adik2 asrama TIGS ini, sama ada dalam exam atau dalam kehidupan. Terima kasih pada faci, till we meet again.


xoxo, merpati...... go fly...... okay, now back to my reading