Search This Blog



Thursday, August 1, 2013

... Program Lagi :DD ...

Alhamdulillah... jemputan program ke sekolah rendah yang terchenta pula ^^v

Setelah hampir 8 9 tahun meninggalkan Sekolah Kebangsaaan Bandar Batu Pahat. Ya Allah lepas rindu sekejap di kawasan sekolah. Ingat semula "port-port" bermain, tempa-tempat berehat, main chop tiang, lari-lari, gadunh2 dengan geng dan lepak2 dengan kawan2.

Tempat jatuhkan lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Dah akhir2 pun tiba2 jadi tetamu jemputan pula untuk program tahun 6. inilah dia kalau ayah masih terus menjadi YDP PIBG walaupun anak semua dah habis sekolah kat situ. *krik krik

Hal last minute memang bukan mudah untuk kumpul kawan2 untuk jadi fasi. Tapi Alhamdulillah perancangan Allah itu sememangnya yang terbaik. Merpati ditermukan dengan kawan2 yang sememangnya berbakat. Just simple brief, then everything went well even though it is not as perfect as expected.

Cabarannya pasti sangat berbeza. Tahun 6, ada yang hyper, ada yang pasif. Apabila pecah dalam group kecil, merpati bersama dengan group pelajar yang mendapat 5 A dalam percubaan upsr yang lalu. Bersama mereka pasti tiada masalah kerana Alhamdulillah mereka kelihatan memang sudah bersedia, jadi merpati lebih ingin mengetahui peribadi dan motivasi rohani mereka. Rupanya ada salah seorang dari mereka yang hanya tinggal bersama ibu sahaja. Merpati sendiri rasa kagum dengan dia. Bagaimana dia boleh kuat mengharungi semuanya.

Dan yang paling menyentuh hati, ada seorang pelajar lelaki yang seawal program juga sudah menangkap perhatian merpati. Dan apabila cikgu meminta dia bangun dan memberitahu bahawa dia tiada siapa2 lagi di dunia ini, hati merpati bagai nak luluh. Ternyata tenang riak wajah pelajar itu tidaklah menggambarkan gambaran sebenar gelodak yang berada dalam jendela kehidupannya.

Jadi, sebeum pulang merpati dan kawan2 kumpukan sedikit hadiah dan doa untuknya agar hari ini menjadi ingatan dan semangat untuk dia sepanjang hayat InsyaAllah. Terdetik juga di hati merpati untuk menjadikan dia sebagai adik angkat merpati. hmmm haruskah?


Semoga Berjaya ya adik2 Tahun 6 SKB... ^^v