Search This Blog



Monday, January 27, 2014

... Tarbiah dari Allah ....

Dalam sibuk menguruskan hal sebagai seorang mahasiswa, pada jam 10.00++ malam, merpati menerima satu mesej dari one of my new sis. "Eh, rindu sangat ke pada akk kesayangan dia ni sampai mesej lagi", perasan hati kecil ini. Bila baca mesejnya, tidak seperti mesej yang diberikan beberapa minit sebelum. Hati mula rasa ingin tahu yang membuak. Setalah menghabiskan beberapa latihan accounting, merpati terus membuka facebook seperti yang disarankan dalam bait2 mesej yang diberikan.

Ya Allah, alangkah terkejutnya merpati apabila membaca warkah itu. Setiap butir kata dan ayat merpati baca satu persatu. Cuba baca dengan tenang namun perasaan sedih bercampur kecewa dan marah semua menjadi satu. Namun, cepat2 dihapuskan perasaan itu. Takut kelak menjadi boneka permainan syaitan.

Sekali lagi, merpati berhadapan dengan situasi dimana jika dibalas, bagi merpati ianya hanya menambah kekusutan. Berhadapan dengan seorang individu yang jauh di sudut hati merpati amat mengagumi kehebatan beliau dalam berbicara dan mengutarakan hujah. Kehebatannya memang diiktiraf bukan dari pandangan merpati sahaja tapi juga warga sastera yang diiktiraf Malaysia. Namun, kecetekan kematangan membuatkan merpati merasa amat sedih dan terkilan.

Ya, kadang-kadang kita melakukan kesilapan. Namun, adalah kesilapan yang kecil itu kita jadikan tiket untuk menghimpunkan sejuta pengalaman atau kesilapan yang lalu untuk menjadi hujah atas keputusan kita sekarang? Perlukah tindakan drastik dilakukan tanpa perbincangan atau pengutaraan pendapat dilakukan kepada pihak yang terlibat? Hak bersuara atau memberi pendapat disekatkah?

Ya Allah, tanpa sedar aku mula merungut atas qada' dan qadar yang telah Engkau letakan diatas garis kehidupanku. Astagfirullah...

You will never solve the problem if you keep looking at the problem the same angle.. Ternyata mungkin dengan tindakan beliau, ramai yang "tidur" mampu tersedar dan bertindak untuk rasa bertanggungjawab. Atau mungkin juga keputusannya itu hanyalah untuk menguji rasa cinta dalam ukhwah yang terbina antara kita. Seperti nasihat Luqmanul Hakim, "jika kamu ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah"..

InsyaAllah.. Allah bersama dengan umatnya yang bersabar. Ya Allah tunjukilah kami jalan yang bernara, jalan yang diredhaiMu.. Amin....

^?^...